Saturday, January 30, 2010

Internet, Masalah yang Tidak Berkesudahan.

Internet, satu jaringan yang jika digunakan dengan sebaiknya akan dapat memberi seribu manfaat kepada kehidupan pelajar.
Persoalannya, sejauh manakah kemudahan internet di kampus ini mampu memenuhi keperluan pembelajaran harian pelajar? Saya di pihak perwakilan pelajar, bersama-sama sahabat seperjuangan yang lain melihat isu internet yang tidak berkesudahan ini sebagai satu cabaran besar yang turut kami rasai selaku penghuni kampus dan perlu diperjuangkan sehabis baiknya.

Kewujudan network policy ? Pendirian saya secara peribadi selaku perwakilan pelajar adalah untuk berlapang dada sekiranya laman-laman sesawang yang disekat mempunyai unsur- unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai moral dan intelektual. Tetapi , sekiranya ia wujud di tempat yang sebenarnya membantutkan proses pembalajaran dan penyerapan ilmu dalam kalangan pelajar maka selaku salah seorang perwakilan semestinya isu ini akan di panjangkan ke pihak yang berkenaan.

Unable to attach your fail in gmail? Unable even to sign in your email? Melihat kepada kewujudan masalah sedemikian di pihak perwakilan pelajar, sekali lagi penjelasan dan tindak balas dari pihak yang terlibat akan diusahakan .

InsyaALLAH.
Wallahu ‘ alam

No comments:

Post a Comment