Wednesday, August 17, 2011

Seandainya Itu Ku Miliki


Jika Lailatul Qadar Milikku,
Ku Sujud Syukur Di hadapan Tuhanku,
Menangis Memohon Kehidupan Indah Buatku,
Agar Menjadi Hamba Allah Yang Setia Selalu,

Jika Ramadhan Ini Terakhir Buatku,
Maka Selayaknya Aku Merendah Diri Pada Kholiqku,
Pada-Nya Ku Merintih Mengadu Tanpa Malu,
Agar Husnul Khatimah Di Akhir Hidupku.



Apakah Yang Aku Mahu Pada Saat Malam Seperti Itu,
Tiada lain Melainkan Buktikan Kehambaanku Pada Penciptaku,
Menyemai Perasaan Bertuhan Di Sejadah Solatku,
Memohon Munajat Sepuas Hatiku.

Kebaikan Seribu Bulan Yang Dianugerahkan Itu,
Umpama Amalan Rahmat Memenuhi Ruangan Qalbu,
Sudah Ku Dambakan Bertahun-Tahun Yang Lalu,
Mana Mungkin Akan Ku Sia-Siakan Ia Berlalu Sayu.

Ya Allah, Kurniakan Aku Malam Rahmat Penuh Barakah Itu,
Biar Aku Tenang Sampai Masuknya Waktu Subuh Berlalu,
Bersama Hembusan Rahmat Kasih Sayang Melalui Malaikat-Mu,
Menyentuh Jawarihku Yang Kian Merindu...

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan
[Surah Al-Qadr : Ayat ke 3]
sumber : iluvislam, Jika Lailatul Qadar Milikku !

Tuesday, July 5, 2011

Pilihlah untuk gembira


Sunnatullah kehidupan manusia itu ada masa gembira ada masa berduka. Peristiwa kedukaan , kegagalan dan kesedihan yang lalu kadang kala menerjah benak pemikiran manusia untuk kembali bersedih .

Dan janganlah kamu merasa lemah , dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman. (3: 139)

Untunglah bagi mereka yang berfikir, meletakkan segala yang telah berlalu sebagai lipatan sejarah dan asam garam kehidupan dalam membina kematangan diri. Meletakkan diri kembali ke fantasi masa lalu ibarat mengharapkan anak yang telah dilahirkan untuk kembali ke perut ibunya. Keluarkanlah dirimu dari fantasi tersebut !

Walaupun pahit namun kehidupan mesti diteruskan kerana " hari ini adalah milikmu" !

Terimalah semua yang telah ALLAH berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur ( al-a’raf : 144 )

“Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti matahari. Aku tak akan pernah menangisi pemergianmu,dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi.
Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban ! maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari adalah sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.”

Pilihlah untuk gembira ! ^_^

(Adaptasi buku La Tahzan, Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni)

Tuesday, June 28, 2011

Persiapkanlah diri mu wahai diri !



“Wahai saudariku yang muslimah yang berada di jalan jihad. Saudari pula memainkan peranan yang penting di dalam bidang jihad. Peranan saudari bermula dari rumah tangga, iaitu dengan mentarbiyyahkan generasi-generasi, membesarkan dan menyiapkan mereka untuk berjihad. Wanitalah yang memproses lelaki. Bagi wanita-wanita muslimat, mereka mengajar anak-anak mereka tentang peperangan-peperangan sama seperti mereka manghafazkan anak-anak mereka satu surah dari al-quran. Begitu juga, seorang al-ukhtul. Muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu kepada suaminya. Ia menggesa suaminya supaya berjihad, bukannya menjadi fitnah kepada suaminya ataupun melemahkan dan menghalangnya. Ia juga selalu mengelokkan penjagaan harta dan anak- anak suaminya sepanjang ketiadaan suaminya yang sedang berjihad. Pada masa dahulu seorang wanita muslimah itu memainkan peranan di medan jihad. Ia telah melakukan kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka. Bahkan kadang kala seorang wanita itu turut menghunuskan senjata. Contohnya ialah seperti yang telah dilakukan oleh Ummu Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan uhud”
(Mustafa Mashyur)

Membaca dan menghayati kata-kata Mustafa Mashyur ini benar –benar menjentik hati seseorang muslimah yang menyedari hakikat dan peranan seorang muslim .Betapa besar peranan seseorang muslimat dalam masyarakat malah mereka merupakan sayap penting dalam perjuangan islam semenjak zaman nabi SAW. Persoalannya , sudah berusaha dan bersediakah wahai diri , untuk memenuhi tuntutan tersebut?

Seandainya ditakdirkan nafas ini masih panjang , seribu pengharapan dan doa dipanjatkan kepada mu ya Allah tuhan sekalian alam agar langkah ini terus gagah, thabat dan telus dalam memenuhi tuntutanmu.
Persiapkanlah diri mu wahai diri !