Monday, January 25, 2010

Remaja Milenium



Apabila azan dilaungkan manusia bangkit menunaikan solat . Begitulah singkatnya diibaratkan kehidupan kita selaku manusia. Setelah lahir, seorang bayi segera diazankan oleh bapanya dan setelah kita kembali padaNYA kita lantas disembahyangkan.


" Dan tiadalah kehidupan dunia itu selain daripada main-main dan senda gurau sahaja dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu memahaminya." (al-an'aam :32)


Satu kerugian yang amat besar sekiranya nikmat kehidupan yang singkat itu tidak digunakan dengan sebaiknya. Lebih-lebih lagi bagi para remaja yang secara majoritinya dikurniakan ALLAH nikmat yang lima yang sememangnya merupakan asset kepada pembangunan ummah.
Lihat sahaja seperti yang tercatat didalam tinta sejarah islam, bagaimana rasulullah di usia remaja nya telah mampu untuk berdikari setelah kehilangan kedua ibu bapa dan datuknya sebagai tempat bergantung. Begitu juga dengan kegemilangan para sahabat. Pada usia yang baru mencapai 17 tahun , Saad bin Abi Waqas ra telah memeluk agama islam dan bersama-sama memperjuangkan islam. Begitu juga, dengan al arqam bin abi arqam, yang sanggup berkorban dan menanggung risiko demi islam dengan menjadikan rumahnya sebagai markaz gerakan dakwah islam pada zaman rasulullah di saat usianya bru mencecah 16 tahun. Malah kita mempunyai ramai lagi tokoh-tokoh remaja islam yang sepatutnya dijadikan contah dan inspirasi

Namun kemana hilangnya generasi- genarasi millennium kini ? yang sepatutnya pada saat ini telah mula mengasuh minda memikirkan masalah-masalah ummat. Begitulah realitinya dewasa ini, hawa nafsu menjadi raja segala. Dunia yang dikejar, akhirat berciciran.

Kes pembuangan bayi, dadah , pergaulan bebas, hiburan melampau seakan menjadi tradisi yang dibanggakan oleh sesetengah remaja di zaman ini. Malah lebih teruk lagi apabila islam dikatakan menjadi pegangan mereka. Arus modenisasi yang melengkapkan manusia dengan pelbagai kemudahan sains dan teknologi seharusnya digunakan untuk membangunkan islam dan bukannya sebagai alat untuk mencapai keseronokan hidup semata.


"maka adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sungguh, nerakalah tempat tinggalnya. dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri dari (keinginan ) hawa nafsunya, maka sungguh, syurgalah tempat tinggal (nya) ." (an-nazi'at : 37-41)


Lebih memilukan apabila para remaja yang menggelarkan diri mereka sebagai MAHASISWA turut kelihatan seperti tertipu oleh mainan dunia. Ilmu yang dituntut sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah dan kemewahan dunia tanpa menekankan kepentingan akhlak dan nilai moral di dalam diri masing-masing sedangkan mereka kebanyakannya menyedari bahawa kemajuan dan ketemadunan sesuatu bangsa bukanlah diukur pada kemewahan material semata malah turut dinilai berdasarkan ketinggian adab dan moral. Adakah ini yang dikatakan sebagai remaja millennium yang harus dibanggkan umum ?

Wallahua’lam

1 comment:

  1. Assalam mu alaikum wr wbt
    Satu artikel yang baik, boleh memberi kefahaman kepada pembaca.
    Perkara yang menjadi persoalan masa kini ialah berapa anak muda / remaja yang suka baca benda-benda berat seperti ini?
    Takkanlah para da'i nak pergi pujuk mereka!!
    Sebagai anak remaja yang belajar sampai ke IPT sewajarnya mereka menggarap pembacaan yang mendidik bukan sekadar bahan bacaan santai sahaja. Tahniah, kerana boleh berbicara tentang perkara semi berat seperti di atas.

    ReplyDelete